Apa khabar rakan-rakan sekalian? Semoga sihat hendaknya dan semoga sentiasa berada di dalam Rahmat dan lindungan Allah. Alhamdulillah, dah masuk bulan Jun sekaligus bulan Rejab 1432 hijrah. Syukur kepada Allah kerana memberi peluang dan kesempatan untuk menemui Rejab pada tahun ini. Tahun ni, bulan Rejab dan bulan Jun bertemu, kalau ikutkan, arwah mak meninggal bulan Rejab 1427 hijrah (6 Aug 2006) dan arwah mak lahir bulan Jun (11hb). Bila aku tengok kalendar, tarikh lahir mak dalam tahun Masihi dan tarikh mak meninggal dalam tahun hijrah, cuma beza 2 atau 3 hari je. Tetiba aku jadi sebak, mengingatkan betapa cepatnya masa berlalu. Tanpa aku sedari, tahun ni merupakan ke-6 kami akan menyambut Ramadhan tanpa arwah Emak. Al-Fatihah untuk arwah Emak. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aminnn...
Owhhh... mula nak beremosi pula. Sebenarnya nak mengucapkan selamat berpesta ibadah. Dengan ini, battle for Ramadhan stage 1 telah bermula. Mari banyakkan beristighfar. InsyaAllah, tahun ini seperti biasa, Istighfar Rejab akan menjadi peneman sepanjang bulan. Semoga dapat bertemu dengan Sya'aban dan Ramadhan juga, insyaAllah.
Aku ingin memohon maaf jika ada salah dan silap, atau terlanjur kata dan perbuatan hingga menyebabkan kalian marah dan terasa hati.
Sampai bertemu lagi! Wassalam... Zasssss..






10 Kata-kata dari orang ramai:
moga kita semua dapat kejar segala kebaikan sebanyak mungkin, amiin ;)
@ JARI TERBARAI:
Aminnn. insyaAllah dengan izin-Nya. sama-sama kita lipat gandakan amalan.
amin... thanks atas sokongan anda pada blog gua yang lama dulu (EXPRESSING THE INEXPRESSIBLE)
@ JARI TERBARAI:
ohhh takde masalah. Latifah dah follow blog baru tu :)
cepatnye masa berlalu. selalu alpa untuk siapkan bekalan ke sana..
moga panjang umur kita dalam keberkatan...
errrr da ganti pose ke blom ni? ;-)
Yang best tentang Julai 2011
@ blog-tips-kurus:
masa memang cepat berlalu sekarang ni. tapi, selagi ada kesempatan, marilah kita bersama berusaha memperbaiki diri sebelum ajal datang menjemput.
@ a kl citizen:
Aminnn... insyaAllah kak. sama-sama kita usahakan :)
@ http://aniesandyou.blogspot.com:
tahun lepas puasa penuh kak. rezeki Allah bagi :)
oppsss jangan salah sangka ye, saya masih single lagi... heheh...
ada masalah sikit dengan sistem Menstruasi...
Post a Comment