Alhamdulillah, bertemu lagi kita di alam maya.
Sungguh, 2 minggu lepas terasa seperti 2 bulan, malah lebih, macam 2 semester pulak. Sangat-sangat menguji jiwa. Waktu ni baru kita tahu siapa sebenarnya sahabat, siapa sebenarnya kawan yang hanya mencari kita bila ada kepentingan. Okay, sila abaikan. Aku tidak mahu beromosi kali ini. hahahah...
Jika dikira semula, 2 minggu tambah dengan 10 sebelum masuk bulan Mei, bermakna hampir sebulan juga kesibukan melanda. Tapi dalam tempoh 10 hari tu tak terasa chaos sangat sebab aku masih boleh gelak-gelak lagi. Masuk je 1 Mei (ni kira hibernasi fasa 1) tekanan maha dahsyat dah mula terasa. Maklum, ada 4 hari sebelum present kan.Tekanan tahap maksimum sampai aku tak tahu dah macam mana nak senyum. Okay, senang cerita aku mula fikir bukan-bukan, tak nak habiskan MSc. aku ni. Deactivate FB, cuba melarikan diri dari orang. Cuma blogging je aku still on, tapi cuma baca mana-mana blog yang memang aku selalu lawat, itupun, tak tinggal sangat jejak dan komen, sekadar baca je. Nak update blog sendiri? Jangan harap la dalam keadaan macam ni kan.
Dah siap nak give up awal-awal dah. Teruk kan. Kemuncak hari present, aku MIA sebab malam tu struggle giler, tapi hasilnya 0. Serius, pagi tu aku down-down the bay. Air mata pun dah tak nak keluar dah. Silent both HP, aku berkurung dalam bilik. Makan pun tidak... Hahaha... bengong je rasa masa tu. Lepas tu, aku dah nekad, untuk let go everything. Message SV kata tak mau datang present. SV aku reply okay. Nanti beliau set masa lain untuk aku present. Erkkk. Aku fikir, sempat ke? Boleh ke dapat result ni? Simulator tak leh run.
Owh ye, lupa lak. Untuk mereka-mereka yang tanya aku: Kat mana tempat present(malam sebelum present), tak perlu jawab dah kan? Yang tanya aku apa khabar, lama tak dengar cerita, aku alhamdulillah, sihat-sihat sahaja. Yang call pagi present tu, maaf aku memang tak angkat phone. Yang tanya aku present kat mana, nak datang tengok, aku tak present pun, so tak tahu kat mana tempat present. Yang tanya aku kenapa tak present, tak perlu jawab la yang itu. Aku cuma balas satu call je. Dari siapa? Adalah....
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Tapi, sungguhlah, dalam keadaan aku macam tu, SV aku sangat banyak membantu. Rilek je beliau call tanya progress, balas email aku dengan cara yang sangat berhikmah. Bukan SV aku je, koordinator MSc. by course pun macam tu jugak. Aku diberi sedikit masa lagi untuk completekan projek MSc. aku tu. Dengan erti kata lain, aku perlu juga dapatkan result dan present. Persoalan yang timbul adalah, macam mana nak settlekan masalah yang aku hadapi?
*A journey to be remembered*
Kronologi:
1. Semester 3, masa ni aku ada satu subjek lagi, lepas tu, dengan BIJAKnya aku TL kan projek.
Software pertama yang sepatutnya aku guna memang dah out dari awal sebab sangatlah leceh (maklumlah, aku bukan terer pun C/C++ bagai ni). Walaupun software ni freeware, maknanya tak yah ada license, yang semua orang leh download, install dan guna, tapi aku memang surrender la. Nak create network, kena faham compound module, sebelum tu kena faham simple modules. Dalam simple module tu kena faham gate yang mengandungi input dan output interfaces pulak. Lepas tu kena faham pasal connection untuk input dan output interfaces. Hahhhh... tak habis kat situ je okay. Sesudah itu, kena tahu lak parameter untuk modules yang kita nak create tu. Parameter tu pulak menatang apa? "Parameters such as propagation delay, data rate and bit error rate", haaa, kan dah cakap orang putih lak. Setelah itu, baru lak nak kena fikir pasal topology, yang mengandungi semua benda yang aku explain tadi dan diterbitkan dalam bentuk file .ned. Apa menatang lak tu? .ned tu stand untuk NED language topology descriptions. Dah siap .ned file ni yang dipanggil simulation program, baru la leh jalankan simulation. Sebelum tu, file-file .ned ni perlu diterjemahkan ke .h atau .cc atau dengan kata lain, perlu dicompilekan dulu guna compiler. Dah settle semua tu, baru lah keluar topology yang dikehendaki dan leh la dapat output yang diperlukan (sebab dah define masa write program tadi). Jadi untuk projek yang hanya makan masa satu sem (dalam 4 bulan lebih je), aku yakin, hanya yang 'gifted' with programming talent je yang mampu buat. Bukan tak yakin dengan diri sendiri, tapi aku lebih faham kemampuan aku takat mana.
Lepas habis exam, kiranya end of semester 3.
2. Semester 4, semester ni la tu.
Aku memang bahagia punya SV yang sangat memberi kebebasan kepada aku untuk menyiapkan projek mengikut masa aku. Sangat berterima kasih atas kepercayaan yang diberi. Cuma aku je yang tidak berapa menghargainya :(
Software kedua, awal sem ri tu baru install. Awal sem??? Owhhh tak... Dalam bulan Feb jugak baru aku install, itu pun atas bantuan student research. Ambil masa 7 jam untuk install sahaja sebab nak install kena ada network. Tak leh guna wireless lak tu, kena guna cable LAN. Satu lagi, software ni guna platform Fedora 12 dari LINUX. Dah satu hal lak nak kena install Virtual Machine kat laptop aku ni supaya leh guna software tu. Tapi, Alhamdulillah, student research tu sangat-sangat membantu. Settle satu part. Part seterusnya ialah belajar cara guna. Photostat manual dan tutorial, pastu belajar guna. Memang aku ni kalau yang berkaitan .tcl file agak out. Memang aku akui aku sangatlah slow bab-bab ni. "A .tcl file consists of three parts. They are (1) global variable initialization, (2) node protocol stack specification, and (3) node connectivity specification." Haaaa masak la nak godek-godek benda tu semua. Try buat tutorial semua output tak keluar. Tak ke hangin satu badan? Masa makin suntuk sudah... Last-last aku tinggalkan je. Pastu tak report pun kat SV. Buat sesuka hati aku kan... Sendiri cari pasal sebenarnya.
Software ketiga ni aku pernah guna masa Final project Degree sebelum tukar projek "IV Curve Tracing". Jadi tak de masalah sangat. Yang jadi masalahnya ialah, software ni tak support lak benda yang aku nak buat ni. uwaaaaaaa.... Sangat stress!!! Owh ye, aku nekad nak guna software ketiga ni masa masuk fasa 1 hibernasi iaitu beberapa hari sebelum present, 1st Mei hari tu. Sebab dah give up sangat ngan software kedua. Download dan install. Memandangkan ianya adalah academic version, license nya boleh didapati setelah mendaftar diwebsitenya. Okay, start to panic. Nak guna tools apa nak simulate project MSc. aku ni? Serius. Buntu. Aku dah siap-siap email SV untuk let go project MSc. ni. Dan SV aku reply email aku 'MEMAKSA' aku untuk habiskan jugak project MSc. ni. Lepas tu suh jugak send technical paper ngan slide presentation yang tak de result tu dulu. Tak ke buat aku PITAM?? Pastu, termenung la aku kat depan laptop sampai tetiba terfikir untuk google software "itu" yang license nya susah nak cari.
Software keempat, dengan lafaz Bismillah, ecehhh... aku nekad dengan harapan untuk download software "itu". Dan Alhamdulillah, rezeki berpihak pada aku, bila aku jumpa license maker untuk software "itu" dulu sebelum jumpa installer. License maker tu dibuat untuk academic purposes. Lepas tu baru jumpa link installer software "itu". Setelah download dan install, rupanya ada satu lagi elemen yang missing iaitu C/C++ compiler yang compatible untuk software tu memandangkan C/C++ compiler yang sepatutnya digunakan dah tak di distribute lagi oleh Windows. Sudahhhh... Masa tu dah 3hb, sangat kritikal. Tak tidur malam tu untuk search compiler je. Esoknya 4hb aku kena jaga Final Test lak. Wengggg... What should i do? Pagi-pagi 4hb tu, aku send jugak la technical paper dan slide yang banyak lompongnya itu. Dan aku ke fakulti untuk jaga Final Test. Jumpa lak SV aku ngan Koordinator MSc. by course, discuss semua progress yang aku dah achieved, dengan harapan keAJAIBan berlaku dan aku leh present dengan senang hati esok...
Teringat kat 'Pakcik". Terus message tanya dia kat mana, ada exam ke tak. Pastu terus straight to the point memang nak susahkan dia hari tu. Minta dia cari dan download kan full version compiler yang aku nak guna. Tapi memang tak sampai hati lak, dia ada exam esok pagi nya, dan tengah study kat fakulti lak. huhuhu... Adehhhh... Buntu lagi sekali. Habis jaga test, lepak kat common room. Thinking again. Teringat kat sorang lagi, terus message, tanya busy or tak, then bagitau memang nak susahkan dia jugak, minta tolong sangat-sangat. Dia balas okay. Dia cuba. Aku message lagi kalau boleh nak hari ni. Huhuhu... Sungguh, aku tak suka nak message orang sebab nak minta tolong je, tapi kali ni aku terpaksa. Dan Alhamdulillah, benarlah bantuan Allah itu datang dalam pelbagai bentuk. Dia kata dah dapat installer untuk compiler tu, dan petang tu jugak la aku ambil. Memang sesuatu itu terjadi dengan izin-Nya jua. Memandangkan aku pun memang dah lama tak jumpa dia, jadi banyak perkara yang diborakkan. Hal-hal kehidupan, progress PhD. dia. Dan macam-macam la. Dari niat nak ambil installer je, jadi melepak lak kat tempat dia buat research tu :) Lupa sekejap masalah nak present. heeee... Malam nya, dengan bersusah payah, aku install compiler tu, dan berjaya selepas satu jam. Banyak giler features dia. Lepas tu, sangatlah bertawakal, try run simulator "itu", tapi memang bukan rezeki aku. Tak jalan jugak. Stresssssssssssssss.... Totally stress! Berusaha jugak surf internet, baca forum dan blog macam mana nak bagi jalan software ni. Satu masalah PALING besar yang aku hadapi adalah kerana Windows 7 aku ni 64-bit bukan 32-bit. Bila mana, installer simulator tu letaknya di C://Program Files dan compiler aku di C://Program Files(x86). Tak jumpa agaknya depa berdua ni. Macam ayam dan itik la kan. Teringatkan masalah masa install J-Sim dulu, aku install balik software WOW64 yang membolehkan software 32-bit di'compatible'kan (dengan erti kata lain digunakan) di 64-bit machine. Pun tak jadi gak. Aku uninstall semua sekali... Compiler dan simulator. Restart laptop, install balik. Pun tak boleh. Struggle punya struggle, tau-tau je dah Subuh. Lepas Subuh, aku sambung lagi, masih tak berjaya. Kepala dah TIONG kesan ketidakcukupan tidur dalam 5 hari. Lepas tu, macam yang cerita kat atas tu la... aku MIA (Mission In Action).
Setelah penat berkurung dalam bilik (sampai tengah hari je pun) - aku tidur sebenarnya. Recover energy balik untuk step seterusnya. Lepas Zuhur, aku message lagi budak PhD. yang tolong aku downloadkan installer compiler ri tu, aku minta carikan installer lain untuk software "itu". Mana tau berjaya kan. Petang tu jugak, lepas Asar, aku datang fakulti, jumpa dengan student part time MSc. yang tengah study sebab ada exam hari Sabtu. Join la depa study, sambil tu berusaha juga untuk cuba 'run'kan simulator tu walaupun aku tahu tak jalan... Hari Jumaat, 6hb, aku ambil installer baru software "itu". Tapi, yang sangat sadis, sama sebijik dengan yang aku punya. Adehhhh... Macam mana ni? Memandangkan aku ada kat fakulti hari Jumaat tu, maka student full time yang datang study untuk exam hari Sabtu, pun sibuk bertanya pasal presentation aku. Aku senyum je tanpa menjawab apa-apa. Senyum semata. Dan sejak itu, keramahan aku hilang. Terus. Aku jadi serius dan fokus (tak pernah pun aku jadi macam ni). Petang tu, discuss lagi dengan SV progress project aku dan aku explain masalah-masalah yang timbul. SV cadangkan aku supaya install dalam PC yang running 32-bit. SV minta aku datang esok, Sabtu untuk guna lab CCNA kat level 8 tu.
Hari Sabtu, aku dah rasa LETIH giler, tapi since SV minta aku datang, aku gagahkan juga hati ni. Aku tak jadi guna lab CCNA sebab macam leceh je, jadi aku guna bilik komputer MSc. kat level 11 sebab aku yang pegang kunci kan. Rupanya, ada beberapa PC dalam bilik komputer ni yang dah diinstall dengan software "itu", tapi version lama dan license nya dah expired. Aku pun pilih satu PC, check kalau-kalau ada virus. Lepas tu uninstall software "itu" yang license nya dah expired. Aku pun install software "itu" yang terbaru dan install license. Alhamdulillah, leh guna ^_^ Lepas discuss lagi ngan SV, aku dah nampak sedikit harapan. SV aku suruh teruskan, dan kalau boleh dapat result, present hari Isnin. Syukur Ya Allah. Tapi, masalah lain lak timbul, bila mana PC yang hanya berkapasiti RAM 512M, menjalankan kerja-kerjanya dengan 'sangat laju sekali'. Adehhh... nak tunggu simulator tu loading punyalah lama giler, bila run example, walaupun untuk 50 second, dia nak compile segala, ambil masa yang sangatlah panjang. Habis, tak kan nak stay kat fakulti lagi kot? Dengan bilik komputer tu sangat sejuk tahap beku. memang cepatlah aku mengantuk kan. Aku pun godek-godek la PC tu sebab compiler yang ada adalah compiler lama tahun 2005 yang aku nak guna tapi dah tak di'distribute' lagi. Godek-godek, godek-godek, search internet, baca blog, baca forum lagi. Lepas tu aku jumpa satu setting yang aku tak buat. Owhhh this is the essence of this software. Okay, okay, got it. Aku buat sedikit modifikasi kat laptop aku, uninstall software "itu", restart laptop dan install balik. Dan Alhamdulillah, akhirnya berjaya 'run'kan software "itu" kat laptop aku. Terasa hilang segala penat dan letih buat sementara waktu. Allah, terasa betapa Maha Besar-Nya Engkau yang memberi kemudahan. Terima kasih. Petang tu aku balik dengan senyuman yang lebar. Malamnya aku rehatkan diri dan rancang the next step to be taken. Hari Ahad aku datang dan buat projek sampai petang. Tapi output graph tak keluar la pulak. Search internet lagi, cari manual dan contoh lab yang boleh membantu simulation aku. Dan Isnin aku masih datang, kononnya nak present, tapi sebab graph result tu tak keluar, aku message SV petang tu bagi tau yang aku nak cuba present hari Selasa dan bagi tahu masalah aku. SV kata tak apa, cuba lagi. Dan aku tahu, aku tak boleh lari dari orang sekeliling kan? Tapi aku buat tak tahu je bila aku jumpa dengan orang yang aku kenal walaupu sebelum ini aku sangat ramah untuk bertegur sapa. Kan aku dah kata, keramahan aku dah hilang dek kerana project MSc. ni. Aku tak bercakap langsung kecuali bila ditanya. Itupun aku minimumkan percakapan, dengan erti kata lain, sepatah ditanya, sepatah la aku jawab. Agak kejam di situ.
Hari Selasa, graph tak keluar jugak, ahhhh sudah... jadinya, aku MIA lagi sekali. yahahaha... Hari Rabu, dan Khamis, aku hibernate kat rumah habis-habisan. Dah tak kira masa dah, makan pun ikut sempat je. Lepas tu, ngadap laptop lagi. Berhenti solat je kejap. Pastu, mengadap laptop lagi. Search internet, baca sana, baca sini, download sana, baca lagi, download sini, baca lagi. Bila mengantuk, aku cuba baring, tapi tak leh tidur pun. Otak masih berfikir macam mana la nak buat graph tu keluar. Mata pejam, tapi tak lelap pun. Last-last bangun balik, sambung buat kerja. Aku leh tidur pun masa lepas solat. Baring dengan telekung-telekung sekali, lelap la jugak. Dapat la restore energy sikit. Sambung buat kerja. Masa tu sangat takut kalau SV message atau call. Serius takut. Dan aku pun tak berani nak message SV aku. Dan Alhamdulillah, petang Khamis tu, aku dapat keluarkan graph. Memang happy walaupun tu cuma sample je. Tibalah masa untuk buat topology sebenar. Tapi, aku rehat dulu sebab otak memang dah nak 'jam' masa tu. Tengah baring-baring, tetiba 'bos' message lak minta tolong settlekan kerja sikit, dokumen dah di email kan. Adehhhh... baru je nak lelapkan mata kejap. Online balik, check email. Owhhhh no.... Kerja tu nak kena settle A.S.A.P lak. Kalau boleh nak before tengah malam or selewat-lewatnya sebelum kul 8 pagi hari Jumaat. Bala... Bala... Takkan nak bagi alasan lak kan, sebab 2 hari sebelum present pun beliau ada minta tolong aku buat kerja dan aku tolak sebab tengah serabut. Okay, aku buat je kerja tu dan ianya mengambil masa hampir 12 jam untuk disiapkan kerana aku perlu semak 2 subjek komputer tu di beberapa universiti yang menawarkan plan pengajian subjek yang sama. Bukan di sebuah negara sahaja, tetapi melibatkan 4 negara di UK, US, New Zealand dan Australia.
Hahhhh... berpinau mata aku nak cari 2 subjek tu. Dah la nak cari yang sama nama dan plan pengajian, bukan boleh letak je. Nak kena masuk satu-satu universiti, tengok department, tengok course yang ditawarkan, cari 2 subjek tu ada ke tak. Kalau satu negara ada lebih 10 universiti, 4 negara dah 40 universiti aku kena search. Dan tak semua universiti nye website mesra pengguna. huhuhu... kesudahannya, terbengkalai la projek aku hari Khamis malam Jumaat tu sampai paginya, sampai aku email 'bos' aku kul 7.30 pagi. Mata dah tak leh bukak sebab tak tidur, dan aku syahid di medan lena pagi tu sampai tengah hari. Start create topology petang Jumaat tu, dan run. Alhamdulillah keluar graph, tapi macam pelik je. Godek-godek, godek-godek... pun graph tu nampak pelik... arggghhhh... leh giler aku macam ni. Baik aku turun gi cari makanan sebab dah lapar tahap dewa. Malam tu sambung lagi sampai pagi, pun kecewa. Dah masuk hari Sabtu, badan start buat hal, tengah hari tu aku collapse habis sampai malam. Memang tak leh bangun dah masa tu, kepala rasa bergegar. Gagahkan juga diri, bangun, gi mandi, bancuh kopi. Owhhh ye, lupa nak inform, kopi adalah peneman setia aku sepanjang 2 minggu tu, kopi okay, yang hitam pekat tu, bukan nescafe ye.
Sambung search internet mana tau jumpa example lab yang aku leh rujuk. Alhamdulillah. Allah memang nak tolong. Memang jumpa. Tapi guna extended version software yang ketiga. Emmm macam mana nak buat eh. Aku bukan sahaja jumpa dokumen example lab, tetapi beserta file example nye sekali. Ligat la berfikir macam mana la aku nak open file ni. Tekad di hati, try bukak guna software ketiga tu, tak boleh sebab ianya extended version. Cuba lak open file guna software "itu", ada keluar warning kata bukan dari jenis yang sama, tapi boleh di'convert'kan. Yes! Alhamdulillah, terima kasih Allah. Dan malam Sabtu membawa ke pagi Subuh hari Ahad, menyaksikan kejayaan aku run topology projek aku berdasarkan example yang aku rujuk. Allah, terasa betapa kerdilnya aku tanpa bantuan-Mu. Tiada kata yang dapat aku ucap melainkan sujud syukur di Subuh yang hening itu. Pagi Ahad, aku terus keluar gi sarapan kat seksyen 2, jalan-jalan beli barang sikit. Lepas tu aku sambung enhance kan graph dengan ubah topology dan try and error untuk dapatkan hasil yang maksimum. Sambil tu siapkan slide, technical paper dah thesis. Hari Isnin, tengah hari, masa aku tengah rushing-rushing completekan semua benda, SV call tanya progress dan suruh datang present petang tu jugak lepas aku kata dah siap. Alhamdulillah. Walaupun aku cuma hadapi unformal present, tapi syukur, sekurang-kurangnya aku berjaya buktikan yang aku mampu untuk siapkan project MSc. aku ni. Tetapi aku masih tak boleh nak rehat lagi sebab kena baiki technical paper dan thesis. Janji lulus dan grad, itu sudah memadai bagi aku ;)
18hb Mei, hari ni, kul 9 pagi nanti, aku dah start kursus 3P (program pentauliahan professional) sempena nak renew cert CCNA aku yang dah expired tahun lepas. Ada lebih kurang sebulan lagi sebelum aku dapat merehatkan diri dari segala chaos yang melanda diri ini. hehehe... Apapun, 2 minggu yang penuh cabaran, dugaan, impian dan harapan, sangat mendekatkan aku kepada Sang Pencipta, dengan izin-Nya jua, setelah aku serahkan segalanya dan bertawakal atas setiap usaha yang aku buat. TERIMA KASIH ya Allah. Ianya adalah anugerah terindah yang pernah aku miliki...
p/s: Aku memang tertinggal banyak benda dalam bulan Mei ini, tak sempat nak wish Selamat Hari Ibu, Selamat hari Guru, tak sempat nak message, tak sempat nak hantar kad kepada mama-ibu-ummi angkat aku, cikgu-cikgu aku, tetapi, aku tak pernah lupa atau tertinggal untuk mendoakan mereka di dalam setiap doa dalam setiap solat yang aku tunaikan. Semoga Allah merahmati semua wanita yang bergelar emak-ibu-mama-ummi-mami, dan semua yang bergelar pendidik, tidak kira guru, cikgu, pensyarah atau sesiapa sahaja yang menyebarkan ilmu. Dedikasi khas buat arwah emak, kau tetap di hati walau dirimu sudah tiada di dunia ini. Buat arwah Cikgu Noormalian, semoga dirimu tenang di SANA. ~al-Fatihah~
Buat sahabat-sahabat yang mendoakan aku, terima kasih. Semoga Allah membalas doa kalian dengan ganjaran yang berlipat kali ganda. Buat semua, maafkan aku kiranya 'keramahan' aku hilang dalam 2 minggu ni. Sekadar memberi sedikit ruang dan waktu untuk diri sendiri. Aku bukan enquiry desk okay, tetapi aku tetap nak jadi kawan korang lagi. Memang penat melayan mereka yang mencari aku ketika perlu sahaja, tetapi aku pun kadang kala macam tu jugak, jadi, silalah cari aku kalau korang perlu ye.
*Entri terpanjang yang pernah aku hasilkan*
Alhamdulillah, Terima kasih Allah.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2)
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3)
(surah Al-Asr)



6 Kata-kata dari orang ramai:
Alhamdulillah.. dengan bantuan dariNYA, segalanya dapat diselesaikan dengan baik.. Semoga terus dipermudahkan segala urusan..
@ Hanis Azla:
Alhamdulillah.
Thanks akak sudi datang selalu kat blog Latifah ^_^
bila byk cabaran kita jd kuat. so all the best k!
Aksi-aksi terlarang @ Kuala Lumpur International Book Fair 2011
@ http://aniesandyou.blogspot.com :
betul. memang jadi kuat. kuat nangis :)
hehehe...
insyaAllah...
Tipah..
Owh..bila baca buat teringat hal hal masa "susah" and bila dapat lepas semuanya, terasa nikmatnya "kesusahan itu"
All the best tipah.. Dah a few days aku try carik ko.. Selalu nampak jek kat FB.. now i know why u MIA
Again, All The best and take care :)
@ msdaisy:
Thanks my dear friend :)
Alhamdulillah, memang syukur sangat-sangat dikurniakan SV yang sangat supportive masa aku dah down ri tu.
Cari aku kat FB??? Kini aku dah kembali.. ngeeee...
U too, take care.
Post a Comment