Assalamua'laikum.
Jumpa lagi kita ye ^_^
Mode yang konon-konon rajin nak menulis. Walhal banyak lagi kerja lain kena buat. hahaha...
Ingat tak aku ada cerita pasal kursus yang aku ambil? Alaaaa kursus
3P tu... Sebenarnya dah lama habis, exam pun dah selesai 6hb Jun 2011 tempoh hari. Keputusan exam? Haruslah ke laut FAIL kan. ಥ_ಥ ಥ_ಥ ಥ_ಥ
Markah yang aku dapat jauh 'giler' dari markah lulus iaitu 825 markah. Adehhhh... Hampa? Mula-mula tak rasa sangat, sebab dah biasa kot FAIL exam... huhuhu... Tapi bila tengok muka instructor a.k.a supervisor project final MSc. aku yang hampa sebab dari 25 orang yang ambil exam, 6 orang je yang lulus, terus aku dikunjungi perasaan bersalah sebab aku tahu aku salah seorang daripada mereka yang telah menghampakan beliau. Balik malam tu, aku duduk termenung, lepas tu macam biasalah, aktiviti air mata. Cengeng kan. (._.) (X_X)
Dah tu, kesedihan seperti tidak dapat ditahan lagi. Rasa down la pula. Cari la kata-kata hikmah untuk pujuk hati sendiri. Jumpa la ayat ni:
"Sejauh mana kegagalan itu dihadapi dengan penuh kesyukuran, sejauh itulah ia menjadi wadah untuk menghadapi kejayaan yang akan datang."
Sebenarnya petang lepas exam tu, masa ambil bag 3P, pihak office ada beri tahu yang certain-certain markah akan di'consider' untuk re-sit exam tu. Tapi kena tunggu la email/ message/ panggilan dari mereka. Dan petang semalam, aku ada dapat message yang aku salah seorang yang terpilih untuk re-sit exam tersebut. Syukur Alhamdulillah. Masih ada peluang untuk memperbaiki kekesalan di hati. Teringat kata Bahruddin Bekri dalam buku Diari Mat Despatch,
"Sentiasa bersangka baik kepada Allah kerana bersangka baik itu adalah harapan. Manusia yang tidak bersangka baik adalah manusia yang tidak ada harapan. Manakala manusia yang sentiasa memasang harapan, adalah manusia yang bersangka baik kepada Allah."
InsyaAllah aku akan cuba buat yang terbaik untuk re-sit exam kali ni, walaupun sebenarnya macam cuak giler nak ambil lagi sekali exam tu sebab harga untuk ambil exam ialah RM825 untuk seorang. Kalau FAIL lagi sekali, memang tak berbaloi aku rasa. Harapnya rezeki berpihak pada aku, dan pastinya kena
studyhard (lama tak guna perkataan ni, huhu) untuk mencapai matlamat tu. Apapun, yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu adalah kelemahan diri aku sendiri.
Sekadar perkongsian sebelum aku mengakhiri tulisan kali ini:
Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:"Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah”.Tekan 1 untuk ‘meminta’.Tekan 2 untuk ‘mengucap syukur’.Tekan 3 untuk ‘mengeluh’.Tekan 4 untuk ‘permintaan lainnya’.Atau….Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:“Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya.”Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini:“Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat, Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,Tekan 4. “Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka,silakan tunggu sampai Anda tiba di sini!!”Atau mungkin juga Anda mendengar ini :"Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok.”atau…"Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi.”Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda.. Kerana bila memanggil Allah, tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara peribadi.Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 244342 : solat Subuh4 : solat Zuhur4 : solat Asar3 : solat Maghrib4 : solat Isya Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini : 284434832 : solat Subuh8 : solat Dhuha4 : solat Zuhur4 : solat Asar3 : solat Maghrib4 : solat Isya8 : Solat Tahajjud atau lainnya3 : Solat Witir Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul “Al Qur’anul Karim & Hadis Rasul”Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil..Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya...Sabda Rasulullah S.A.W : “Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut.”7 Kalimah ALLAH:1. Mengucap “Bismillah” pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.2. Mengucap “Alhamdulillah” pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.3. Mengucap “Astaghfirullah” jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.4. Mengucap “Insya-Allah” jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.5. Mengucap “La haula wala kuwwata illa billah” jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.6. Mengucap “inna lillahi wa inna ilaihi rajiun” jika menghadapi dan menerima musibah.7. Mengucap “La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah” sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat... mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu… mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.
~peringatan buat diriku yang sering lupa~
p/s: lepas re-sit exam baru nak giatkan promosi
cabutan bertuah... silalah join bagi yang berminat dan tolong sebar-sebarkan ye. Terima kasih ~.^ ^.~ ʘ‿ʘ
Sampai bertemu lagi. Zasssss... Wassalam.